Monday, May 18, 2009

Telekom..

salam dan salam sejahtera semua,

Membuat latihan industri di TELEKOM bagaikan suatu pengalaman yang bagus. Ini disebabkan bukan semua yang kita belajar akan digunakan. Semuanya baru dan memerlukan ketekunan dan kesediaan untuk belajar. Disini kita tidak boleh duduk diam sahaja, kita kena sering bertanya dan mengikut orang yang lebih berpengelaman(supervisor).

Contohnya di TELEKOM BATU GAJAH, kita memang akan diberikan jadual dan kursus. Akan tetapi kita sering tidak akan ikut jadual yang diberi. Kita akan sering duduk sahaja. Kalau berani, cuba la bertanya dengan orang TM jika hendakkan kerja. Selalunya minggu pertama akan duduk sahaja.

Cara berpakaian hendaklah smart macam smart day. Tu untuk first day, lps tu dah boleh pakai pakaian mcm pergi kuliah. Tapi hendaklah berpakaian kemas nanti kena marah. Hendaklah berkasut dan baju masuk dlm seluar bagi lelaki, perempuan lebih baik pakai seluar jangan pakai baju kurung sebab nak panjat tangga untuk buat doket di MDF.

Yang tidak sedapnya, elaun tidak diberikan dan semuanya kene cari sendiri. Seperti rumah, kenderaan dan dll. Itu je kot yang hendak dikongsi di sini. Bagi bdk2 SEW yang akan naik tahun3 dan akan membuat latihan industri nanti jadikan TELEKOM sbg last choice. Cuba cari di industri dulu. Kami bdk2 yang buat SEM 3 08/09 terpaksa sebab ekonomi yang tidak mengizinkan.

2 comments:

  1. mcm2 la ko ni..hope ko update blog ni slalu k

    ReplyDelete
  2. TM mmg tpt LI yg agak bgs.Kelebihan buat LI kat sini, ble kte rjin n tunjuk kn komitmen yg tgi nnt de la staff yg akn offer kte ntok bkerja dgn TM.At least, kite dh de org dlm ntok dpt kerja + usaha nk dptkn sbb skrg ni TM akan utamakn org2 yg berkaitan br amek org luar tp jgn slh gunakan klebihan ni.Ilmu yg kte dpt mmg sgt b'hrga sbb pe yg kte blaja kat ctu kte leh apply dlm khidupan s'harian.

    ReplyDelete