Friday, May 22, 2009

Massachusetts Institute of Technology..

Salam dan salam sejahtera semua..

Massachusetts Institute of Technology is one of the best technology institute. We can get many information about technology at there. I have link the web of MIT in this blog. i hope u all will using it.

Wednesday, May 20, 2009

Aktif di Kolej @ UTM..

salam dan salam sejahtera semua..

Ni cuma nak bagi nasihat dan pandangan sikit. Kepada pelajar2 yang aktif dan hendak mengaktifkan diri di dalam progaram2 kolej atau UTM. Korang hendaklah memberikan komitmen yang tinggi. Korang hendaklah menggunkan masa ini utnuk mencari pengalaman dan kawan.

Akan tetapi, korang jangan melupakan niat asal korang masuk ke UTM ni. Jangan mengabaikan pelajaran dan menyusahkan diri hanya untuk program2 kolej dan UTM. Ingat setiap sem kita akan belajar sesuatu yang baru. Jangan terlalu asyik untuk berprogram dan mengabaikan pelajaran.

Kita juga hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku dan akhlak sepanjang join sesuatu program. Jangan jadikan program sebagai alasan untuk berdua2an. Jangan jadikan program sehingga kita melupakan Solat bg Umat Islam. Jangan jadikan program sehingga ponteng kelas. Jangan jadikan program sehingga kita bergaduh sesama sendiri.

Jadikan program sebagai penguat mental dan fizikal. Dan sentiasalah mengingati yang bukan semua orang perfect. Kita hendaklah sentiasa berusaha berubah kepada yang lebih bagus.

Monday, May 18, 2009

Telekom..

salam dan salam sejahtera semua,

Membuat latihan industri di TELEKOM bagaikan suatu pengalaman yang bagus. Ini disebabkan bukan semua yang kita belajar akan digunakan. Semuanya baru dan memerlukan ketekunan dan kesediaan untuk belajar. Disini kita tidak boleh duduk diam sahaja, kita kena sering bertanya dan mengikut orang yang lebih berpengelaman(supervisor).

Contohnya di TELEKOM BATU GAJAH, kita memang akan diberikan jadual dan kursus. Akan tetapi kita sering tidak akan ikut jadual yang diberi. Kita akan sering duduk sahaja. Kalau berani, cuba la bertanya dengan orang TM jika hendakkan kerja. Selalunya minggu pertama akan duduk sahaja.

Cara berpakaian hendaklah smart macam smart day. Tu untuk first day, lps tu dah boleh pakai pakaian mcm pergi kuliah. Tapi hendaklah berpakaian kemas nanti kena marah. Hendaklah berkasut dan baju masuk dlm seluar bagi lelaki, perempuan lebih baik pakai seluar jangan pakai baju kurung sebab nak panjat tangga untuk buat doket di MDF.

Yang tidak sedapnya, elaun tidak diberikan dan semuanya kene cari sendiri. Seperti rumah, kenderaan dan dll. Itu je kot yang hendak dikongsi di sini. Bagi bdk2 SEW yang akan naik tahun3 dan akan membuat latihan industri nanti jadikan TELEKOM sbg last choice. Cuba cari di industri dulu. Kami bdk2 yang buat SEM 3 08/09 terpaksa sebab ekonomi yang tidak mengizinkan.

Thursday, May 14, 2009

Penubuhan Pertama..

Salam n selamat sejahtera semua,

Blog ini diciptakan khas untuk students SEW UTM. Penubuhan blog ini akan diselarikan mengikut beberapa2 ketetapan iaitu:

1. Akademik
2. Aktiviti budak2 course
3. Pandangan dan pendapat
4. Latihan Industri
5. PSM
6. Nasihat dan Agama
7. dll yg tidak melanggar AUKU dan peraturan2 Universiti

Kepada semua budak2 course, anda boleh memuatkan apa2 sahaja di dalam blog ini. Asalkan ianya boleh membantu senior, junior, n fresh students.